puteridaniawanieda.zoom-a.com
Laman Peribadi
PUTERI DANIA WANIEDA

E-mel : puteridaniawanieda@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | ASSALAMUALAIKUM | BIODATA | KELUARGAKU | GALERIKU 1 | GALERIKU 2 | KAMERAKU | KATA HIKMAT | FAKTA MENARIK | SUDUT KARYA | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

SUDUT KARYA

Program 'Kitar Semula' adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai alam sekitar yang sentiasa bersih dan ceria.

Pernahkah anda dengar perkataan ‘ Kitar Semula’? Saya pasti anda tentu pernah mendengarnya melalui televisyen atau mana-mana media massa. Maksud kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan sebagai bahan-bahan mentah seperti tin aluminium, botol plastik, botol kaca dan kertas. Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar. Oleh itu, langkah-langkah yang sesuai perlu di lakukan bagi menjayakan program tersebut.
 
 Sebenarnya, program sebegini dapat dijalankan dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan. Contohnya kertas, dalam kehidupan seharian manusia menggunakan hampir berpuluh-puluh juta million helai kertas untuk kegunaan pejabat, sekolah dan rumah pangsa. Serasa tidak lengkap hidup sehelai kertas meskipun kini penggunaan komputer semakin meluas. Bayangkan jika barpuluh-puluh juta million helai kertas di kitar semula, ia dapat menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. Ini menjimatkan kos penebangan pokok-pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi.
 
 Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan tong-tong kitar semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan sekolah-sekolah dan bandar serta di kampung. Tong-tong kitar semula memudahkan masyarakat mengasingkan bahan buangan seperti kertas, botol kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini mempercepat kerja-kerja pihak kilang kitar semula. Sebenarnya, dengan adanya tong-tong kitar semula mengajar dan mendidik anak-anak supaya menyayangi alam sekitar dan mengelak daripada berlakunya pembungan sampah yang berleluasa.
 
 Pusat-pusat kitar semula harus disediakan dengan banyak dan sentiasa beroperasi bertujuan bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada pengilang-pengilang yang berkaitan. Pusat-pusat kitar semula memudahkan pengilang mendapatkan input masing-masing. Selain itu, dengan adanya pusat-pusat kitar semula yang beroperasi akan menarik minat masyarakat untuk menghantar barang-barang kitar semula. Pemberian insentif atau hadiah kepada sesiapa yang menghantar bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan menggalakkan orang ramai untuk menghantar bahan buangan terutamanya kanak-kanak. Contohnya dengar memberikan wang sebanyak 10 sen untuk 3 atau 4 botol kaca, seekor anak patung yang sudah dibersihkan untuk 10 kg kertas lama atau bermacam-macam lagi.
 
 Di samping menjalankan program sebegini, peranan media massa cetak dan elektronik masih dan tetap diperlukan. Media massa harus memaparkan kepentingan kitar semula dan faedah kitar semula dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. Contohnya, RTM atau Radio Televisyen Malaysia sering memaparkan lagu-lagu kitar semula dan visual yang agak menarik malah ada yang ditayangkan dalam versi kartun dan cerita. Komputer juga boleh digunakan bagi menjayakan program kitar semula dengan membuka halaman atau ‘homepage’ berkenaan alam sekitar dan proses kitar semula. Sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat dan orang ramai menghabiskan masa dengan komputer, jadi dengan animasi, fakta dan maklumat tentang kitar semula yang menarik dan menakjubkan akan menarik minat orang ramai untuk menyertai program kitar semula ini.
 
 Selain itu, peranan pihak berkuasa amat penting untuk menjayakan program ini. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas terhadap sesiapa yang membuang sampah sarap sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam, sungai dan longkang patut dikenakan denda yang maksimum atau di kompaun atau dipenjarakan. ini kerana mereka bukan sahaja mencemarkan alam malah menyebabkan penyakit kerana pembiakan lalat, lipas dan tikus. Ekosistem hidupan akuatik dan flora fauna akan terjejas jika mereka tidak berubah sikap.
 
 Justeru itu, masyarakat patut memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama untuk menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan pokok di serata dunia.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: